Posts

Showing posts from May, 2013

Luncheon with BFF

Image
tit tiit tit tiit. telefon... telefon berbunyi... siapalah agaknya yang rajin main sms zaman sekarang ni ye? kan ke zaman sekarang orang pakai whatssapp, wechat, line, skype dan macam-macam lagi la.. lagi save budget.. orang kaya je pakai sms-sms ni. lagipon wifi kat cyber free kot... hehehe... anyway dah dekat seploh tahun aku simpan henpon ni.. lama kan? almaklum, hadiah dari yang tersayang.. tq so much kak long.. ooo... my BFF rupanyer... dia: bz ke hari ni? saye: xde la. nape? dia: lunch jom saye: bole je. awak nak belanje saye lunch kat mane? dia: awak ada tempat nak lunch kat luar cyberjaya ke? saye: entah la. ikut awak je la.. dia: okay. saya amik awak pukul 12 Teeeeetttt... kantoi di situ akan keluar lunch awal hari ni. Well there's not so much work to do today. so i did my dhuha prayer, alhamdulillah... it feels nice to perform it. you should try it jugak bila2 free yek. by the way, i just love the doa after solat dhuha.. the meaning is just soo

..Happy Mother's Day..

Image
10 MEI 2013         Happy Mother's Day to all mothers in the world.. Ever since i've been a mother, baru la aku tau betapa seorang ibu itu sesungguhnya sangat menyayangi anak-anaknya. Kadang-kadang rasa menyesal sangat selalu melawan cakap mak masa kecik-kecik dulu. Ampun mak... Terima kasih atas segala kasih sayang, didikan dan penat lelah mak selama membesarkan kak nyah.. Sesungguhnya jasa emak tak mampu kak nyah balas sampai akhir hayat pon.. i love you, mom.... and i as a mother was so happy to get the unexpected gift from whom i know really love me... the first gift i've got today from Kak Suraya.. thank you akak...  the second gift i received is the best .. i came to pick him up from his nursery and he was standing right there beside my door and jerit2  'selamat hari ibu, mommy... selamat hari ibu, mommy'  while showing his first ever mother's day's art for me...  **omg... my heart melts.. like seriously!!!!!~** 

TokioKafe

Image
This morning as usual, my hubby and i went out for breakfast.. usually kitorang pergi old town white coffee cyberjaya je sebab ada sediakan set yang murah. tapi hari ni we both decided to go to TokioKafe. restorannyer terletak betul-betul depan old town ni.. nak tengok jugak apa yang best kat sini. selalunya lalu je kan... first bukak menu.. ermmm... tak tau la ape nak pilih. almaklum la tekak orang melayu. mane nak masuk makanan jepun ni.. harga pon x berapa nak masuk dgn poket kecikku ini. huhu~ tp nak try jugak!! as usual, pic tak sempat nak amik sebab incik hubby sibuk main candy crush  (siap high light besar2 kat sini ye..) kat henpon saya ye.. isk3!!~ okay la.. last2 saye order expreso degan pesto chesse baked rice (ni main hentam je tau nama dia).. incik hubby order set tapi pagi2 set untuk incik hubby tu tak available. so since dia malas nak order lain, kitorang sharing is caring je la... sambil tengok pic2 (mcm banyak je pic nya. padahal ada 3 je kot..)  yang saya ada u

Lava Grill Burger

Image
Aktiviti wajib di office lepas habis kerja is browsing the website especially www.groupon.my and my favourite offers in that website for sure yang ada kena mengena dengan makanan and percutian. yes... i have so much interest with food. thats why la tak mampu untuk kurus agaknya. hehe... okay, i found this offer one day. since the place is just around the corner, so i asked my husband if he would like to try this burger bakar. and he agreed.. here is the advertisement:  macam best kan pic2 yang dia post ni?? jahat betul la Lava Grill Burger ni. ishk3!!!~ so the next day, we went to the restaurant. tak se'GAH' yang disangka la but tak kisah la (sorry takde pic luar kedai sbb excited sgt nk mkn. hehe..) since we're here for the food anyway. so we handled the voucher and the waiter shook his head tanda memahaminya. and f.y.i the waiters here were very very very friendly.. 2 thumbs up for them!  gambaran kaunter  dapur masak burger      since th

opah dalam kenangan...

Image
10.12.2012 - Genap usia opah 75 tahun. sayang... aku tidak berkesempatan untuk meraikan ulangtahun kelahiran opah kerana opah telah pun pergi menyahut seruan ilahi hampir 5 bulan yang lalu. ya.. setiap yang hidup, pasti akan menemuiNya suatu hari nanti. entah mengapa, hati ini terlalu berat untuk menerima hakikat yang aku tidak akan dapat lagi bertemu, mencium dan memeluk erat tubuh opah. segala kenangan manis, pahit, gembira mahupun sedih sentiasa terpahat diingatanku.. sejak kecil, aku sememangnya sangat rapat dengan opah sehinggakan aku digelar cucu kesayangan opah. rumah opah kat fasa 1 je.. aku jarang pulang ke rumah kerana lebih senang tinggal di rumah opah. lagipun nak pergi ke sekolah lebih dekat kalau kat rumah opah berbanding rumah emak. lebih kurang 5 minit je jalan kaki. kawan2 pon banyak yang tinggal kat kawasan umah opah. Lely, Ijai, Acap, Ita, Ina... opah pulak memang sayang kat aku. apa je yang aku nak, memang opah akan bagi. sebab tu aku sayang sangat kat opah..

BERSALIN... 3 years in a row!!!~ (part 3)

Image
        It has been almost 4 months aku melahirkan puteri keduaku. Tapi rasa macam baru je semalam aku bersalin. apa taknya, badan tak turun pun.. sama je macam time pregnant ari tuh.. makin gemok ade la kot.. duh~ +_+ apa pun, Alhamdulillah… kelahiran kali-3 ni paling mudah rasanya.. syukur sangat2… So rasanya kali ni takde la cerita yang dramatik sangat kot.. 2012 - Qaisarah Tinggal 2 hari je lagi nak kerja. Lepas tu boleh cuti raya puas2.. malam tu, aku dgn hubby merajinkan diri membuat oreo coklat kat rumah. Tapi terpaksa start lambat since those 2 soldiers tidur lambat pulak. Biasanya pukul 9.30mlm dah out. Kali ni pukul 12mlm baru la aman rumah.. Buat punya buat, pukul 5.30pg baru siap ye.. ni la org kata buat kerja sampai nak terberanak! Nasib la sempat nak sahur. Huhu… ingat nak rehat la kejap konon2 sebelum gi kerja. Tapi last2 pukul 9.00pg baru terbangun.. laki bini dua2 x bangun ye.. pinggang pon sakit sangat  pulak tu… adoi!!~ dah alang2 tak pergi kerja, aku per

BERSALIN... 3 years in a row!!!~ (part 2)

Image
     Susah jugak nak curi masa bila ada baby baru ni... baby tak banyak ragam tapi abang raziq & kakak syisya asyik la bikin huru-hara dalam rumah. tapi tu la penyeri hidup.. tunggang langgang rasa bila diorang ada tapi sunyi betul rasa hidup kalau diorang takde... okay la, lets continue with the story of the moment during my second delivery.. rasanya yang kali ke2 ni lebih dramatik kot... 2011 - Batrisya Pagi tu aku bangun bersiap for monthly check up. pagi tak pagi sangat la.. around 10am macam tu. it was my 36th weeks of pregnancy masa tu. nothing much happen that morning. cuma yang aku perasan lately aku cepat   sangat penat . bayangkan la dari pintu rumah nak ke pintu pagar pon berapa kali pit stop aku berhenti. jangan kata jalan, nak pakai baju pon tak tau la berapa kali stop. termengah-mengah macam baru lepas lari pecut 100m. seriously!!!~ tapi aku takde la fikir apa sangat. mungkin sebab da nak hujung2 pregnancy. if last time, perut aku tak besar. badan je yang naik

BERSALIN... 3 years in a row!!!~ (part 1)

Image
       3 years in a row!!~ for real??? hahaha.... seriously aku sendiri tak sangka akan beranak berderet-deret. mungkin sebab hubby tak kesian sangat tengok penderitaan aku bersalin kot.. ke aku memang hot sangat sampai hubby tak boleh nak kuatkan iman sendiri.. teeeeeeet!!!~ kahkahkah... gurau2 je yek. well since lots of my friends are expecting right now, so i think i would like to share my experience saat2 cemas nak deliver baby.. mane tau boleh bagi hint or maybe boleh alert dengan tanda-tanda nak bersalin kan.. still, setiap orang lain2 ye tanda-tandanya..  2010 - Raziq    It was about 12am in the car. we were back from berdating at The Mines. Hubby was so happy coz he got his new phone lepas yang lama kena kidnap. Nasib la baru dapat gaji 5 months yang delay hari tu kan.. thanks ye encik hubby support saya sepanjang saya takde gaji.. =) the  braxton hicks  (perut mengeras macam batu) was quite frequent ... like once in 5 to 10 minutes. tapi almaklum la kurang ilmu, so bua

The Moment I Know That HE is the One....

Image
I was searching for siji-sijil Simpanan Premium BSN hubby+me when i found this letter. Teruk betul la tahap keterlupaanku ini.. haih!!~ +_+ hopefully will find them later... Apa pun, this letter reminds me of the moment that has changed my life forever and why i chose him as my lifetime crime partner. hubby jgn marah ye.... 19 MARCH 2008 Kepada fz, Calon isteri saya, calon ibu anak2 saya, calon menantu ibu saya dan calon kakak buat adik2 saya. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh... Mohon maaf kalau fz tak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar. Tapi saya mohon bacalah dulu sampai selesai. Saya yang bernama Azizul Rahim menginginkan anda, fz untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa2. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini, saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperlua