opah dalam kenangan...


10.12.2012 - Genap usia opah 75 tahun. sayang... aku tidak berkesempatan untuk meraikan ulangtahun kelahiran opah kerana opah telah pun pergi menyahut seruan ilahi hampir 5 bulan yang lalu. ya.. setiap yang hidup, pasti akan menemuiNya suatu hari nanti. entah mengapa, hati ini terlalu berat untuk menerima hakikat yang aku tidak akan dapat lagi bertemu, mencium dan memeluk erat tubuh opah. segala kenangan manis, pahit, gembira mahupun sedih sentiasa terpahat diingatanku..

sejak kecil, aku sememangnya sangat rapat dengan opah sehinggakan aku digelar cucu kesayangan opah. rumah opah kat fasa 1 je.. aku jarang pulang ke rumah kerana lebih senang tinggal di rumah opah. lagipun nak pergi ke sekolah lebih dekat kalau kat rumah opah berbanding rumah emak. lebih kurang 5 minit je jalan kaki. kawan2 pon banyak yang tinggal kat kawasan umah opah. Lely, Ijai, Acap, Ita, Ina... opah pulak memang sayang kat aku. apa je yang aku nak, memang opah akan bagi. sebab tu aku sayang sangat kat opah..

dulu, ada sekali abah mengamuk sebab aku ikut mak teh jiran sebelah rumah opah pergi kajang tak bagitau sape2. masa tu aku darjah dua kot.. bila aku balik je, tengok semua orang tengah berkeliaran kat kawasan rumah cari aku. mata abah dah merah. nampak je aku, abah terus tarik telinga aku bawak masuk dalam bilik. kunci pulak tu. teruk aku kena penampar, tarik rambut, cubit, pukul... semua lah. menangis takyah cite la.. dah meraung2 pun minta maaf. tapi memang salah aku pun buat abah risau. opah kat luar ketuk pintu bilik macam nak roboh sebab nak selamatkan aku. nasib baik opah ada... opah peluk aku sampai aku reda.. sayangnya opah kat aku..

masa aku nak masuk darjah 6, aku kena menangitis (jangkitan kuman pada selaput otak). badan aku menggigil2 kesejukan. kepala pulak sakit berdenyut2 macam nak pecah. tengah2 malam emak bawak pergi rumah opah minta air penawar. opah ni anak murid ustaz harun din. malam tu opah jaga aku sampai tak tido. tapi bila pukul 3pg aku mula muntah2 + ubat pun dah tak boleh nak masuk dalam badan, aku kena dibawa pergi hospital. tapi aku taknak. sebab esoknya hari pertama masuk sekolah darjah 6. aku nak pergi sekolah. nak jumpa kawan2. tapi opah pujuk aku sampai aku setuju. lepas makan ubat muntah kat hospital, aku terus tak ingat apa2. seminggu aku tak tahu apa yang terjadi. mak kata aku merapu2 cakap benda tah apa2.. doktor cakap peluang aku untuk hidup dan selamat 50/50. tapi alhamdulillah... lepas seminggu, aku mula sedar dan bertambah sihat. setiap hari, opah datang jenguk aku kat hospital. setiap hari jugak opah bawak bubur yang aku suka. kalau atuk ada kerja, opah datang sendiri naik bas. bila doktor kata aku dah sihat, opah la orang yang paling gembira & datang uruskan hal2 aku check out dari hospital. sayangnya opah kat aku..

masa sekolah rendah, mana je opah pergi mesti aku ada.. tapi bila masuk sekolah menengah, aku dah tak selalu duduk rumah opah sebab sekolah dekat lagi dengan rumah emak. tapi hujung minggu, aku mesti pergi rumah opah. aku rajin tolong opah masak, pergi kedai... opah seorang yang sangat murah hati. everytime kena suruh pergi kedai, mesti dapat upah. sebab tu la aku suka pergi kedai.. tapi opah selalu komplen. aku ni kalau tengah basuh pinggan ke, masak ke... nanti kang mesti hilang. last2 opah jugak yang kena settle kan.. hehe... tapi opah tak marah pun. opah bising je... sayangnya opah kat aku..

lepas habis sekolah, aku masuk universiti. masa ni, aku memang sangat bermasalah.. tapi opah tak pernah pandang serong pada aku. kalau aku tension, mesti aku lari pergi rumah opah. setiap kali opah ada appointment kat hospital, aku akan ponteng kelas bawak opah pergi hospital. opah tak paksa, tapi aku yang rela.. opah memang rajin berjalan. umur dah dekat 70thn pun, still boleh bawak kereta. tapi sebolehnya aku tak bagi opah drive. aku yg dgn sukarelanya menjadi supir opah. cakap je nak pergi mana, akan aku bawa.. memang aku bodyguard opah la senang citer. pergi bank, pergi mapley, pergi cari lauk kat unikeb, pergi umah maksu, mak lang... pergi mana2 je la... aku memang suka teman opah. ada je cerita yang opah nak sampaikan. almaklum la.. opah ni tempat tumpuan segala maklumat.. arwah atuk gelar opah - "menteri penerangan". tak tau la antena apa opah pakai, laju je info sampai.. kdg2 info sampai dalam mimpi opah pulak tu. isk2.... tapi kalau aku sedih, mesti opah la orang yang pertama tahu.. tak payah cakap pon opah tahu. sayangnya opah kat aku..

bila dah kerja, aku dah jarang boleh teman opah.. tapi duit gaji aku mesti ada bahagian untuk opah sebab masa kecik dulu aku dah janji dengan opah aku akan bagi duit pada emak, abah dan opah bila dah kerja. opah tetap gembira dan tak henti2 berdoa untuk aku even 'elaun' yang aku bagi kat opah tu sikit je.. mana taknya, pencen opah dapat tu lagi byk kot dari gaji aku.. sampai la saat aku nak berumah tangga. opah la yang paling excited bila dengar khabar ada orang nak masuk meminang. orang yang nak pinang aku tu pulak orang yang dia kenal masa sama2 pergi umrah dulu. lagi lah dia excited.. siap mintak no tefon lagi sebab dia nak 'interview' untuk saringan awal.. kental x kental encik hubby kena interview dgn opah. encik hubby pulak boleh tahan daring nyer. siap datang sorang2 bwk cincin risik lagi tu. gila lah... patut la opah approve... =) apa pun, aku tahu opah cuma nak pastikan yang tebaik untuk aku. sayangnya opah kat aku..

bila dah berumah tangga, tak banyak masa yang aku boleh spend untuk opah. kalau aku lama tak balik bangi, opah mesti telefon. rindu katanya... kalau raziq dgn batrisya ada, muka opah berseri2 sangat. mesti opah sunyi duduk rumah sorang2.. kalaulah aku boleh teman opah... sampai satu saat, aku rasa macam tak nak bekerja sebab aku nak teman opah macam dulu. boleh bawak opah ke mana saja opah nak pergi. tapi sayang... takkan ada satu perkara pun yang akan kekal begitu selamanya. aku ada keluarga yang perlu aku utamakan. malah opah juga tidak henti2 menasihati aku untuk mencari kerja yang tetap dan berdoa agar aku mendapat pekerjaan yang baik demi anak-anakku. sayangnya opah kat aku..

sampailah di hari2 akhir hayat opah... itulah kali pertama aku melihat opah menangis semahu-mahunya seperti anak kecil. opah menangis kerana sunyi... opah menangis kerana sedih terpaksa menyusahkan semua orang lantaran dirinya yang tidak mampu untuk bergerak lagi hatta ke bilik air sekali pun. opah menangis kerana bimbang tidak sempat memohon maaf kepada anak2 dan cucunya atas segala kesalahan dan kesilapan yang mengguris hati mereka. opah menangis mengharapkan ada yang sudi menziarahnya di saat2 akhir hidupnya. dan yang paling pasti opah menangis kerana terlalu rindu pada anak sulungnya yang pergi dulu menyahut seruan ilahi 7 bulan sebelumnya.. opah juga tidak henti2 mengucapkan terima kasih kerana aku sudi bersusah-payah menjenguknya di hospital walaupun keadaan selalu tidak mengizinkan, kerana sudi mencuci najis dan menukarkan pampersnya dan berterima kasih kerana terus menyayanginya... 

namun aku amat terkilan kerana di saat2 terakhir opah di muka bumi ini, aku tidak dapat memandikan jenazahnya seperti mana aku memandikan opah dahulu ketika dia tidak mampu untuk mandi dengan sendirinya dan aku tidak dapat mengiringi jenazahnya ke tanah kubur seperti mana aku menemaninya ke mana sahaja dia pergi sewaktu hidupnya. hanya doa yang mampu aku hulurkan moga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan sejahtera hendaknya di sisi Allah yang maha esa. 

salam rindu buat opah. semoga opah sentiasa bahagia di sana.. Al-fatihah....




Comments

Popular posts from this blog

HE Is Calling Me... Alhamdulillah.... (Part 2)

HE Is Calling Me... Alhamdulillah....

Happy 6th Anniversary!!