BERSALIN... 3 years in a row!!!~ (part 2)


     Susah jugak nak curi masa bila ada baby baru ni... baby tak banyak ragam tapi abang raziq & kakak syisya asyik la bikin huru-hara dalam rumah. tapi tu la penyeri hidup.. tunggang langgang rasa bila diorang ada tapi sunyi betul rasa hidup kalau diorang takde... okay la, lets continue with the story of the moment during my second delivery.. rasanya yang kali ke2 ni lebih dramatik kot...

2011 - Batrisya
Pagi tu aku bangun bersiap for monthly check up. pagi tak pagi sangat la.. around 10am macam tu. it was my 36th weeks of pregnancy masa tu. nothing much happen that morning. cuma yang aku perasan lately aku cepat sangat penat. bayangkan la dari pintu rumah nak ke pintu pagar pon berapa kali pit stop aku berhenti. jangan kata jalan, nak pakai baju pon tak tau la berapa kali stop. termengah-mengah macam baru lepas lari pecut 100m. seriously!!!~ tapi aku takde la fikir apa sangat. mungkin sebab da nak hujung2 pregnancy. if last time, perut aku tak besar. badan je yang naik mendadak. but this time, perut dengan badan sama2 membesar dengan jayanya. dah macam belon nak meletup da aku tengok diri sendiri. haih~ +_+

So during my turn to meet the doctor, tak banyak pon yang dicerita. cumanya bila scan baby masa tu approximate berat dia around 3.4kg da. mak aih... kalo keluar nanti tah berapa kg la gamaknya baby ni. scary... memang takut sangat da masa tu. takut sangat baby tak bole nak keluar and definitely takut tak mampu nak tahan sakit nanti.. doktor ada jugak tanya if ada tanda2 nak bersalin ke apa.. seriously memang takde tanda apa2. sakit pinggang pon tak, braxton hicks tu macam biasa la. kejap selalu, kejap jarang.. cuma bab yang penat tu yang aku tak tahan. nak kunyah makanan pon penat! sabar je la...

tiba2 doc cakap, "meh saya check bukaan" huh? actually aku ada gak check bukaan 2 hari lepas sebab masa tidur rasa macam baby push nak keluar. but it was a false alarm. tapi takkan nak lawan cakap doktor kan? kan? so kurelakan la jua.. then doc ckp lagi, "patut la kamu rasa penat. rupanya dah buka 4cm. kamu tak rasa sakit sebab tu badan kamu penat. so terus masuk wad la ye?" erk... sangat la aku tak sangka. barang2 tak habis packing lagi ni. diri sendiri pon tak ready lagi actually.. takuuuuuttttttt..........

Orang cakap aku bersalin senang. so kenapa aku takut?? entah la.. maybe sebab dibayangi kata2 mak & my MIL yang diorang paling susah bersalin anak kedua. maksud mak tu masa bersalinkan aku la tu. mak kata kembar darah. tu yang sakit sangat.. da la paling susah nak keluar, paling degil pulak tu.. huhu~ sorry ye, mak.. yang paling degil tu la yang mak paling sayang kan? hehe.... sekarang ni dah tak degil da kan? kan? takut punya pasal, sampai nurse call suruh datang hospital. punya la tak nak beranak hari tu. isk2...

there's not much different with my first delivery dulu . masuk labour room lepas isyak. macam biasa procedure kat labour room. dengan wayar2nyer, cucuk2nyer... owh yer.. 1 thing i need to remind you, please DO NOT take injection tahan sakit if we are still able to withstand the pain. unless if rajin nak kena cucuk banyak kali, okay la kot.. coz masa ni, nurse inject ubat tahan sakit masa awal2 lagi masuk labour room. malangnya at 12am, bukaan masih lagi 4cm! memang frust sangat la masa tu. dah 4 jam kat labour room tapi takde tanda-tanda nak betul2 bersalin. sakit pon makin la tak sakit sebab da kena inject kan..

but then doc decided untuk pecahkan ketuban. hoho.... this is the time when u started to feel the pain. and it became worse and worst bila ubat tahan sakit dah habis. wawawawa..... sakit kali ni memang lebih sangat berbanding first time dulu.. da nangis2 pon still tak hilang sakit jugak.. T_T lepas tu boleh pulak  xtau bole mintak injection tahan sakit lagi. ni la yang orang kata, malas bertanya merasa la sakitnya! huhu.... banyak kali jugak la rasa nak meraung. tapi kutahan jua.. bila ternangis kuat sikit je, bidan pon datang.. check bukaan ntah brapa kali tah.. encik hubby pon da tak tau da nak tolong macam mana.. 

at around 2.15 am macam tu, rasa sakit datang lagi.. air mata da tak tau la banyak mana da mengalir.. doktor pulak takde sebab that night ada 2 patients yang dia kena jaga. so bidan yang dengar aku menagis tadi datang balik. check bukaan lagi.. "ooo.. da 7cm. sabar ye.. sikit je lagi ni.." nasihat sang bidan lantas meneruskan ngobrolan bersama teman jururawat yang setia bersamanya sejak awal tadi. tapi dalam hati ni dah berbunga la sikit bila dengar da buka 7cm sebab da 2 jam tahan sakit ni... tapi tak sampai 10 minit, aku terasa macam nak meneran.. ishk, biar betul ni...

aku terasa nak poo poo sangat dah ni.. and seriously aku dah terasa kepala baby nak keluar dah.. tapi kaki masih lurus lagi ni. selimut pun masih menutup badan.. tak larat nak tahan punya pasal, aku rasa aku kena cakap jugak..

aku : saya rasa baby dah nak keluar dah ni.
bidan :owh, tak... bila da buka 7cm memang terasa macam baby dah nak keluar. sabar ye.. sikit je lagi tu..
aku : betul.. baby dah nak keluar...
bidan : sabar ye. sikit je lagi nanti awak bersalin...

memang la aku menyumpah-nyumpah bidan ni dalam hati. time tu memang dah rasa nak meneran. tapi aku takut kalau aku teran nanti, kalau apa2 jadi and doktor takde, macam mana?? tapi memandangkan aku dah tak tahan da nak menahan, aku teran je...  

gila tak gila, bidan dengan nurse tu buat tak kisah je aku meneran. dengan kaki yang tak angkat ni, dengan selimut bagai, aku teruskan je la meneran. sekali teran je, aku dapat rasa baby keluar terus. memang tawakal je la time tu. sorry baby.. mommy has no choice.. nasib baik la baby yang da keluar sendiri tu pandai menangis.. kalau tak, tak tau la apa jadi.. time tu baru kelam-kabut nak selak selimut, angkat kaki bagai. sabar je la... and time tu la doktor pon muncul di depan pintu.. dengan mata yang dibesarkan doc berkata, "aik, dah bersalin da?"

senang kan kerja doktor yang nak sambut baby aku ni?? sampai tak sempat nak sambut baby pon.. tapi masa tu yang aku fikir cuma, 'gila besar la kot koyak yang nak kena jahit ni..' masa tu memang dah redha je la.. yang penting baby dah keluar & alhamdulillah, selamat... cuma tak sangka bila doc cakap takde koyak. so tak perlu jahit! syukurnya la aku rasa memang tak terhingga. aku memang dah tak larat sangat dah masa tu...

so moral of the story, encik hubby please do something when you see those person yang in charge jaga wife u tu sibuk berborak. jangan nanti menyesal tak sudah if jadi apa2 kat wife or baby.. okay?? sian my hubby.. pucat lesi muka dia tengok apa yang telah terjadi.. apa2 pun, jangan lupa amalkan surah maryam ye... it helps a lot!! seriously.... :)

my precious lil girl...

Comments

Popular posts from this blog

HE Is Calling Me... Alhamdulillah.... (Part 2)

HE Is Calling Me... Alhamdulillah....

Happy 6th Anniversary!!