HomeMade Lasagna.. =)


     Morning all... lama dah tak update entri. sebelum saya mulakan coretan, mari sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat saudara-saudara kita yang telah terkorban di bumi Mesir. semoga roh mereka dicucuri rahmatNya..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang Menguasai Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka
bukan (jalan) mereka yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

     Siapa yang dah settle puasa 6, angkat tangan!!! hehehe.... tuan punya badan yang bertanya ni pon baru je nak start. dugaan puasa time-time orang lain beraya ni memang la hebat... wish me luck, okay!! huhu~ 

     anyway, semalam for the first time raya tahun ni, ada orang beraya di rumah. so excited yet tak tau nak hidang apa. almaklum la, tuan rumah memang tak rajin memasak kan... luckily, ada ready stock lasagna hari tu. so panaskan je la.. ingatkan takde la dapat sambutan. mane taknya, yang datang tu kan pakcik & makcik. rupanya tak cukup pulak... aisey... nasib baik simpan stock banyak.. tetamu siap mintak nak bungkus bawak balik lagi.. suka3!!!~ :)

     so hari ni kita share resipi buat lasagna yang sangat simple ye.. tapi ni takat yang cikai-cikai je tau. bukanlah tahap pro punya ye.. okay, kita start dengan bahan-bahannya:

bahan-bahan A:
bawang putih (cincang/tumbuk)
bawang besar (potong cube)
daging cincang
kentang (potong dadu/tak nak pon takpe)
cendawan butang (hiris)
tomato puree
sos spagetti 
(kalau xnak letak sos spagetti pon tak pe. tapi kena pandai adjust rasa and letak daun-daun yang patut)
kepingan lasagna

bahan-bahan B
 cream cheese
fresh milk

     firstly kita settlekan bahan-bahan A dulu ye.. tumis bawang putih sampai naik bau. lepas tu masukkan daging cincang. da agak-agak masak daging tu, baru masukkan kentang, bawang besar dan cendawan butang. bila rasa macam kentang dah separuh masak, then baru masukkan sos spagetti dengan tomato puree. tambahkan air lebih kurang sama banyak dengan sos. then kacau sampai kentang empuk. 

agak macam ni la rupanya.. kalau cair sikit bole la guna untuk makan dgn spagetti. =)

     okay now, lets work with bahan B. kacau dulu cream cheese supaya dia tak berketul dalam periuk nanti. then masukkan fresh milk dan cream cheese dalam periuk. panaskan dengan api paling perlahan sampai mendidih. then tutup api. senang kan? =)

cream cheese yang telah dipukul rata

 smooth texture of cream cheese + fresh milk yang telah siap dipanaskan
      
     okay, dah settle dua-dua bahan kat atas tu, now kita mulakan dengan menyusun bahan-bahan ke dalam bekas yang boleh dimasukkan ke dalam oven atau microwave. sila lihat pics di bawah ye..

 letakkan kepingan lasagna untuk first layer

 letakkan cream cheese + fresh milk tadi (sorry, tak tau panggilan pendeknya. hehehe)

 then letak sos spagetti 

 ulang balik dari first step sampai la ke berapa layer yang dikehendaki atau disukai

endingnya boleh letak cheese slices atau shredded cheese atau apa-ape je la jenis cheese dan sebanyak mana yang disukai, okay!! 

     so lasagna ni boleh terus dibakar dalam oven atau microwave kalau rasa-rasa nak makan hari tu jugak. kalau tak, boleh simpan dalam fridge (sejuk beku) then panaskan bila-bila terasa nak makan or malas masak (cara ni memang sangat berkesan bagi orang yang malas masak seperti saye!) hehehe... 

so moral of the story, lasagna ini sangat mudah untuk dibuat dan amat sedap untuk dimakan.. cuba la!!!~


Comments

Popular posts from this blog

HE Is Calling Me... Alhamdulillah.... (Part 2)

HE Is Calling Me... Alhamdulillah....

Happy 6th Anniversary!!