Nasi Arab Pulak.... -DIMA RESTAURANT-

     Nak buka puasa kat mana hari ni yek? dari tadi dok fikir-fikir tapi still tak tau mana nak buka puasa. nak masak... alahai malasnya la rasa. tekak ni rasa-rasa teringin nak makan western food. tapi macam takde tempat menarik je nak pergi area puchong-cyberjaya-putrajaya ni. hmmmm.....

     Cari punya cari punya cari... last-last tekak ni bersetuju untuk makan nasi arab je nanti. lagipun banyak restoran nasi arab area cyberjaya ni. so pilih je la kan.. kalau Restoran Saba'a, macam dah selalu sangat. lagipun penuh sangat la orang kat sini. persekitaran dah jadi agak kurang selesa. bila browse internet, diorang cakap restoran tu agak kotor. ye ke? wallahu'alam.. aku pun tak tau sejauh mana kebenarannya...

     so next in list is Restoran Sana'a.. hari tu survey tempat dia. takde la besar sangat. tapi menu dia kat website tu macam best je.. siap ada tempat air-cond dgn tak lagi. hmmm... macam best je nak try kan. tapi.... akak depan meja aku ni cakap ada lagi satu restoran nasi arab yang baru. makanan dia lagi best dari Saba'a. tempat pon tak jauh dari restoran Saba'a. 

     finally we decided untuk buka puasa kat restoran baru tu. Lepas survey-survey kat google ni, rasa macam best pulak nak try kan.. memandangkan saya memang sangat keletihan, buka puasa dengan air kosong dulu kat rumah. Luckily anak-anak boleh delay sikit ambik kat nursery. so lepas minum baru la bergerak ke restoran nasi arab ni. Namanya DIMA Restaurant.. 

     First impression tengok kedai ni... macam selesa je... kedainya agak besar and paling penting tak crowded. Restoran ni terletak kat CBD 2 bangunan baru area belakang Bank Islam. Ni alamatnya:

Restoran DIMA,
4805-0-07, CBD Perdana 2,
Jalan Perdana Cyberjaya 12,
63000 Cyberjaya, Selangor.

Pandangan depan restoran

pandangan sisi restoran dengan landmark CBD 2

     Mesti ramai yang tertanya-tanya berapa harga makanan kat sini kan? mahal ke? okay la.. since i have updated this entri so kali ni i will put more pics and info of the price for those who are interested and just loooovvveee nasi arab kay...

muka depan menu. bukti anda berada di tempat yang betul. hehehe..  

harga untuk chicken and lamb mandi based on dishes size

 zurbiyan chicken and lamb

 madghot chicken and lamb

 grilled menu

 side dishes

     Dapat je menu, anak-anak yang ni semua mula la berebut-rebut nak tengok menu. macam faham je apa yang ada dalam menu tu. hai la anak... anak....






     Okay, now lets talk about the food here. Both hubby and i agreed to try something different than what we had in Saba'a Restaurant.. Pilihan makanan kat sini pon lebih banyak berbanding dengan Saba'a. So kitorang order Madgot Lamb (medium), Khabsah Chicken (small), extra soup (since kanak-kanak ribena sgt suke makan sup), 2 warm water, 2 teh o ais limau and also hot lemon tea..

madghot lamb - medium size


khabsah chicken - small size

     Yang paling tak boleh tahan tu, my only son yang sangat susah nak makan tu boleh tak pandang kiri kanan dah makan kambing... kambing okay!!! isk2... macam berada di dalam mimpi pulak rasanya. ayam pon susah nak makan, inikan pula kambing. hmmm..... sedap sangat la tu gamaknya. tak caye? ni buktinya....



      Untuk menambahkan lagi kekukuhan bukti kesedapan nasi arab kat sini, disertakan sekali gambaran keadaan di hujung sesi berbuka puasa.. (walaupon yang puasa tu mak nyer sorang je...)

licin okay!!

abg ajiq

adik sara

       Tu dia... perut kenyang, hati pon senang.... yang sorang lagi tu, dah termenung kekenyangan. masuk kereta, minum susu, terus out sampai pagi... huhu~ last but not least, mesti ramai nak tahu range harga makanan kat sini kan?? sorry... takde complete price list. yang ada cuma resit kitorang makan. so agak-agak sendiri la berbaloi ke tak yek...

                                                  for me, tak mahal sangat la kot... =)


the 2nd time we came, we get 10% discount!! weeee~
 
     tapi yang paling best sekali ialah, restoran ni takde gomen tax dengan service tax. saye suke!!! saye suke!!!~ so for those yang nak try or memang suka makan nasi arab, boleh la try kan sini yek... 'till next time, bubbye!!!

Comments

Popular posts from this blog

HE Is Calling Me... Alhamdulillah.... (Part 2)

HE Is Calling Me... Alhamdulillah....

Happy 6th Anniversary!!