Jom DERMA DARAH...

     It has been a while since i donated my blood to the people who needed it.. today i am on MC actually. but since everyone in the office also fell sick, so i have to sacrifice to just come to the office.. haaa.... baik sungguh aku ni kan. boleh la sesapa yang baca ni nanti promote aku jadi pekerja cemerlang bulan ni ye.. hahahaha =P

     hari ni pon ada kempen derma darah kat ofis. so dah alang-alang datang ofis, aku pon berazam la untuk menderma darah. dengan harapan, lepas derma darah ni, boleh la aku kurus. hahahahaha....harapan je la kan!!~ okay, sebelum tu, meh kita intai-intai a bit information about blood donation.. 

KRITERIA-KRITERIA PENDERMA DARAH:
1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.
borang yang perlu diisi

     Sebenarnya aku tak eligible pon untuk derma darah ni. firstly sebab aku puasa. and secondly aku sekarang masih lagi breastfeeding my little 10 months princess serta masih gagal untuk mencampur susu sebab baby reject semua formula milk yang diberikan kepadanya. hai la anak... tapi sebab kedegilan di tahap maksima, kulanggar semua. tapi aku tulis jujur tau.. pegawai perubatan tu lepaskan okay!!!~ here is some more info untuk semua..

PROSES MENDERMA DARAH:
Setiap individu yang menderma darah dengan Pusat Darah Negara (PDN) akan melalui proses pendermaan seperti berikut:
  1. Mengisi borang PDN3/2000/Pin. 1 atau 2. Sebarang keterangan atau bantuan mengisi borang ini boleh diperolehi daripada kakitangan PDN yang bertugas
  2. Menjalani pemeriksaan darah untuk tahap kepekatan sel darah merah (paras hemoglobin) dan mengenal pasti kumpulan darah ABO.
  3. Melalui sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan untuk mengenal pasti sebarang masalah perubatan dan tahap risiko penderma.
  4. Penderma yang layak menderma akan menjalani proses pengambilan darah (phlebotomy).
  5. Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan dan minuman ringan.
 buku yang diberikan untuk simpanan rekod. hmmm... da brape byk buku ni da aku ada. tapi semua pon hilang. huhu~

 proses nak cari urat darah yang menyorok.. isk3!!~

akhirnya... darah selamat keluar.. phewww!!!~

     Proses nak derma darah ni actually takde la amik masa lama sangat.. ada la dalam 10 minit... unless if you have problem during the blood donation, then it might takes more than half an hour la kot.. aku sempat jugak snap keadaan semasa derma darah ni.. aman damai je kot. cuma berjerebu sikit la..

haaa... ramai kan penderma darah kat Majlis Perbandaran Sepang ni.. =)

     Okay la.. di hujung rancangan, apa yang boleh disimpulkan ialah derma darah ni tak lah sescary yang disangka.. sesungguhnya kesan dan akibat jerebu itu adalah lebih menakutkan.... (motif? hahahaha..... takde kena mengena kot) sila lawati laman sesawang http://www.pdn.gov.my untuk maklumat lanjut. sekian.

jerebu di luar ofis. siyesly tak nampak apa ye....

p/s: sila jaga kesihatan ye... jangan banyak main kat luar tau.. kalo nak execise pon, kite main wii je la kat dalam rumah ye. hehehe....

Comments

Popular posts from this blog

-SHIZENS-

Happy 6th Anniversary!!

HE Is Calling Me... Alhamdulillah.... (Part 2)